Monday, 11 September 2017

KHASIAT BAWANG PUTIH YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

Assalamualaikum semua. 

insyaAllah entri pada kali ini, Teha nak kongsi dengan korang khasiat bawang putih yang ramai dalam  kalangan kita masih tak tahu. 


Golongan ibu, umi, mak, mummy, umi mesti dah tau kan rupa bawang putih macam mana. 





Cuba perhati gambar bawang putih di atas. Sebelah kanan adalah bawang putih pada rupanya yang asal. Manakala pada sebelah kiri pula bawang putih yang telah dibuang sedikit kulitnya dan terdapat beberapa ulas bawang putih pada tengah-tengah gambar.


Jom baca khasiat bawang putih yang teha ringkaskan melalui pembacaan .

  • Mengandungi Allicin yang baik untuk kesihatan
Allicin ini maksudnya sejenis sebatian yang terhasil apabila bawang putih diketuk, dipotong , dihancurkan atau dikunyah. Melalui pemakanan yang diambil, Allicin akan memasuki saluran darah dalam usus dan meyalurkannya kepada sel-sel dalam badan. Allicin dipercayai memberi manfaat sangat besar pada kesihatan.

Allicin ini jugak lah yang menjadikan aroma bawang putih yang mungkin agak kuat bagi sesiapa yang tidak menyukainya.

  • Membantu meransang sistem imun badan semulajadi.
Satu kajian di Barat menemui pengambilan suplemen bawang putih mampu mengurangkan selesema sebanyak 63 %. Malah dalam kajian yang lain pula, pengambilan ekstrak bawang putih yang tinggi iaitu 2.56 grams sehari mampu mngurangkan kadar bilangan hari sakit akibat selesema.

  • Menurunkan tekanan darah  
sebatian aktif dalam bawang putih iaitu allicin membantu dalam menurunkan tekanan darah.
Penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok adalah antara penyakit melibatkan tekanan darah tinggi. Kajian sains menemui pengambilan suplemen bawang putih mempengaruhi penurunan tekanan darah dalam kalangan individu yang mempunyai tekanan darah tinggi. 

  • Menurunkan paras kolestrol dalam darah 
Bagi mereka yang memiliki kolestrol yang tinggi dalam darah, pengambilan bawang putih membantu menurunkan LDL kolestrol  (kolestrol jahat) sebanyak 10-15% . walaubagaimanapun pengambilan bawang putih tidak memberi kesan terhadap HDL kolestrol (kolestrol baik).

  • Memanjangkan usia 
Bunyi macam mustahil kan..hehehe.

Kajian bahawa bawang putih memberi manfaat dalam mencegah pelbagai penyakit seperti darah tinggi memanjangkan usia seseorang secara tidak langsung.
Tambahan pula bawang putih juga membantu dalam melawan penyakit berjangkit terutamanya dalam golongan tua atau mereka yang mempunyai masalah imun sistem yang lemah.

  • Membuang logam berat dalam badan (detoks)
Kandungan Allicin yang tinggi dalam bawang putih mampu melindungi organ daripada rosak  akibat kandungan toksik logam berat. Bawang putih juga mampu mengurangkan tanda-tanda toksin seperti tekanan darah atau sakit kepala dalam satu kajian yang lain.


  • Mudah diambil dalam diet seharian
Haa...yang ini bukanlah khasiat bawang putih.
Tapi amat penting jugak tau. Semua kita tahu kan, bawang putih ni ramuan penting dalam sesebuah masakan. Bawang putih boleh kita dapati dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk asli, serbuk, makanan tambahan atau minyak.

.
.
.
.

Untuk dapatkan khasiat yang minimum, bawang putih perlulah diambil secara mentah sama ada dihancurkan atau dicincang dan dibiarkan sebentar sebelum dimakan atau dicampur dalam masakan.

Sebabnya, Allicin hanya akan terhasil apabila bawang putih dihancurkan dan digunakan dalam keadaan yang mentah. Jadi, jika bawang putih tidak dihancurkan sebelum dimasukkan dalam masakan, maka, kesannya adalah berbeza.

Yang kurang best bila makan bawang putih ni adalah nafas akan jadi berbau sikit termasuklah bau badan..hehehe.


bagi sesiapa yang ada masalah nak makan bawang putih mentah tu, jangan risau ye..ikut je cara Teha ni. Teha makan Garlic Complex dari Shaklee je untuk pelbagai manfaat




Keistimewaan Garlic Complex Dari Shaklee.

  • dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan hampir 100% Allicin aktif.
  • Dwi teknologi terbaru daripada Shaklee iaitu gabungan Rosemary dan Spearmint 
  • Kurang bau berbanding tablet garlic yang dijual di pasaran
  • 2 tablet Garlic Complex  = 1000mg ekstrak bawang putih tulen = 2 ulas bawang putih segar

Cara makan Garlic Complex : Ambil dua tablet sehari selepas makan.



Hubungi saya untuk info lebih lanjut.

Fatihah Jumidey
013-6694843
SID 1256397

No comments:

Post a Comment