Sunday, 24 September 2017

Antibiotik Semula Jadi Yang Selamat Dan Berkesan

Rengekan kecil dari dalam kamar sayup-sayup kedengaran.
Tidur Sumayyah yang masih lena diulit mimpi sedikit terganggu dengan bunyi bising dari luar rumah. Tidak lama kemudian, batuk mulai kedengaran.


"Aik, siapa pula yang sakit ni. Syifa ke Sumayyah? " , guman Teha sendirian.


Tangan Sumayyah menggosok mukanya berulang-ulang kali sambil merengek memusing kepalanya ke kiri dan kanan. Sumayyah cuba mencari keselesaan untuk menyambung tidurnya semula.
Suhu badannya panas. Batuk berkahak jelas mengganggu tidurnya.


Otak mulai ligat berfikir cara apa yang paling ampuh dan cepat untuk turunkan suhu badan si anak yang panas.


Mandian lemon?

Sup antibiotik ayam?

Stokin bawang atau lemon?

cool fever?

lumur dengan air asam jaya?

mandi air bunga raya?

minyak bawang putih?


"Nak bagi Sumayyah paracetamol ke? Baru mulai demam ni, " tanya Teha pada Encik Suami Mithali.

"Demam kan. Bagi je lah paracetamol tu. Ikut sukatan pada botol tu. Ada kena tulis kat situ." Encik Suami Mithali membalas.


Hati kecil mulai berkata-kata. Kecil lagi nak bagi paracetamol ni.
Cuba kaedah alami lah dulu.Setelah menimbang tara kelebihan dan kekurangan kaedah-kaedah alami yang terlintas di fikiran, akhirnya....


Tahniah bawang putih kerana telah terpilih untuk redakan batuk dan demam Sumayyah dengan cepat!!!!


Masak bubur nasi + ikan bilis + bawang merah + minyak zaitun + lobah + extra bawang putih. Tiada garam dan gula. Itu resepi bubur antibiotik ciptaan Teha. hohoho


Cubaan pertama.Sumayyah makan tiga suap je. Mungkin atas faktor tiada selera sangat sebab badan tak selesa. Waktu ni, Sumayyah melekat macam kanggaro dah.


Cubaan kedua. Sumayyah menolak terus. Paling muka arah lain terus sambil buat muka menyampah. hahaha....tak sedap la tu.


Tak apa. Hati ibu kena kental kan. kata Supermak.


Namun, apakan daya. Misi gagal !!
Badan Sumayyah masih panas dan masih tidur-tidur ayam di pangkuan Teha.


Sambil dodoikan Sumayyah tidur, mata tertancap pada supplement bawang putih yang baru dibeli beberapa hari lepas. Sebenarnya beli untuk tujuan lain. Tujuan tu biarlah rahsia. hehehe


Dua biji tablet bawang putih ni bersamaan dengan dua ulas bawang putih segar.
Bunyi macam menarik . Sebabnya Teha tak berapa suka makan bawang putih mentah atau dah siap dimasak.


Teha percaya apa yang ibu makan, akan menjadi susu ibu. Jadi secara tak langsung, anak akan dapat khasiat daripada apa yang ibu makan.
Jadi, Teha cuba makan dua biji supplement bawang putih ni.
Dengan harapan dapat disalurkan pada Sumayyah khasiat bawang putih.


Alhamdulillah, dengan kuasa Allah S.W.T demam dan batuk berkahak Sumayyah berkurang lewat petang hari itu. Hati Teha bersyukur sangat anak dah semakin sihat dan mula bermain-main dengan Syifa.


Kesimpulannya telah terbukti bawang putih adalah antibiotik semulajadi selamat dan berkesan. Kesimpulan sendiri je ni.hehehe
Lain orang, lain kesan tau.

Kalau korang nak tahu, supplement bawang putih tu adalah Garlic Complex daripada Shaklee.



Fatihah Jumidey
YourTrustedSID.wassap.com/60136694843







No comments:

Post a Comment