Saturday 21 October 2017

ANEKA RESEPI ESP


RESEPI ESP YANG LAZAT LAGI MENYELERAKAN.




Assalamualaikum dan Hi semua..

kali ni Teha nak share dengan korang semua resepi ESP.


Pernah tak korang rasa macam nak mengunyah je? 
Perut meronta-ronta minta diisi semula sedangkan korang dah pun makan nasi? 
Lepas tu mulalah risau gemuk sebab makan banyak. 
Kalau tak makan, maka berdondang-sayang lah perut minta diisi kan. Muahahaha


Teha ada solusinya..
.
.
.
jeng..jeng..jeng
.
.
.
ESP lah korang jawapannya. Korang boring minum ESP camtu je? Entri ni ada pelbagai resepi ESP yang pasti lazat lagi berkhasiat.





Jemput  baca sampai habis ya.=)  



1. Smoothie Pisang Dan Oat




2. Smoothie Nenas Dan Oren







3. Smoothie Betik Dan Halia






4. Smoothie Oreo





5. Smoothie  Strawberry dan Kekacang





6. Smoothie Mangga Dan Anggur





7. Smoothie Aiskrim Nenas 





8. Smoothie Kiwi






9. Smoothie Avocado






10. Smoothie Kurma


.
.
.


Bahan -bahan asas untuk buat Smoothie ni mudah je korang.



1. ESP (wajib ada) - 3 sudu je boleh tau, tak boleh lebih-lebih.


2. Susu - Lebih baik yang rendah lemak, tak kisah jenama apa. Yang penting korang suka.


3. Ais - pilihan je,, blend camtu pun boleh


4. Pengisar atau blender.
- ada pengisar khas lagi baik. tak lah melekat bau bawang ke, cili ke ..hehehe




Pilihan yang lain korang boleh tambah aiskrim ke...buahan yang korang suka ke..milo ke..



Try blend. Pasti sedap. Dengan teksturnya yang berbuih-buih. Dengan berkrimnya.


Fuiiyoo..marvellous!!!
teringin lak nak minum Smoothie ESP sekarang jugak.
.
.
.
.
.
.


Nak konsultasi percuma?
klik link www.wassap.my/60136694843


Fatihah Jumidey
Your Trusted SID


Sunday 15 October 2017

ESP DARIPADA SHAKLEE

MARI BERKENALAN DENGAN ESP


Assalamualaikum dan Hi semua.


Entri kali ni berkisar mengenai ESP.  hoho
Pengguna setia Shaklee mesti dah tangkap cintan dengan ESP kan. Produk Top 10 Shaklee nih.
Daku insyaAllah akan merasai dan menikmatinya tak lama lagi. Dalam bulan ni jugak. InsyaAllah. Amin.


Teha memang selidik bermati-matian sesuatu produk sebelum guna. Lagi-lagi produk yang rakan-rakan Teha asyik suruh cuba ja. Macam Shaklee ni. hehehe. So, entri kali ni memang cerita pasal ESP lah. Di sini Teha nak kongsi info mengenai ESP dalam bahasa mudah dan ringkas. Supaya kita sama-sama faham apa itu ESP.




APA ITU ESP?


  • ESP adalah singkatan bagi Energizing Soy Protein. Nama penuh produk ini ialah ESP Mixed Protein Isolate Powder.

  • ESP ini berperisa Vanila sahaja.

  • Ianya merupakan makanan yang mengandungi protein dan kalsium yang tinggi.

  • ESP ini juga sesuai bagi mereka yang vegetarian.

  • ESP ini mudah dihadam perut kita.


  • ESP juga mengandungi lactose semulajadi.







APA KELAINAN ESP SHAKLEE BERBANDING  AIR SOYA YANG LAIN ?


  • Shaklee menggunakan soya non gmo. Non Gmo ni maksudnya genetik yang tidak diubah suai. Maksudnya  memang guna soya yang asli la.

  • mengandungi 9 asid amino penting untuk keperluan badan. 

  • tidak mengandungi kolestrol

  • mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan. Yang ini kena study lebih sikit. Next entri ok. hehehe

  • mempunyai indeks glisemik yang rendah . bahasa mudahnya ESP ini mampu mengekalkan paras gula dalam darah. Kesannya mampu berasa kenyang dan bertenaga lebih lama.



SIAPA YANG SESUAI MINUM ESP?


  • wanita yang mengandung

  • wanita yang ingin hamil

  • wanita yang menyusukan anak

  • wanita yang bekerjaya

  • sesiapa yang dambakan kulit yang cantik

  • sesiapa yang impikan badan kurus dan sihat

  • sesiapa yang ingin mengawal paras kolestrol

  • sesiapa yang ingin bertenaga sepanjang hari

  • sesiapa yang ingin merasa kenyang sepanjang hari

  • sesiapa yang ada masalah kesuburan

  • sesiapa yang suka snack sihat



KANDUNGAN NUTRISI DALAM ESP

  • SATU CANISTER / TONG = 850G
  • setiap 28 g atau 3 sudu besar ESP membekalkan kandungan nutrisi seperti dalam jadual di bawah.







BILA WAKTU SESUAI MINUM ESP

bila -bila masa je yang korang suka.


digalakkan ambil pada waktu sarapan atau minum pagi atau petang.




CARA NAK MINUM ESP

3 SUDU ESP + segelas susu @ jus @ air biasa atau minuman kegemaran.
contohnya milo ke, horlicks ke, ovaltine ke.


Pilihan: boleh tambahkan buahan dan kisar..yummy.




PANTANG LARANG MINUM ESP


  • ELAKKAN ambil atau bancuh bersama minuman yang mengandungi kafein.


  • ELAKKAN bancuh menggunakan air panas. kandungan protein boleh musnah kerana suhu panas.


  • TIDAK melebihi 3 sudu sehari. Dikhuatiri buah pinggang akan bekerja keras.


  • ELAKKAN mengambil bersama suplemen shaklee VitaLea .



SIAPA YANG TIDAK DIGALAKKAN AMBIL ESP

kanak-kanak bawah umur setahun
.
.
.
.
Sekian dulu dari Teha ye.

Nak konsultasi percuma?
klik je www.wassap.my/60136694843.

insyaAllah, saya sedia membantu. 

Sunday 24 September 2017

Antibiotik Semula Jadi Yang Selamat Dan Berkesan

Rengekan kecil dari dalam kamar sayup-sayup kedengaran.
Tidur Sumayyah yang masih lena diulit mimpi sedikit terganggu dengan bunyi bising dari luar rumah. Tidak lama kemudian, batuk mulai kedengaran.


"Aik, siapa pula yang sakit ni. Syifa ke Sumayyah? " , guman Teha sendirian.


Tangan Sumayyah menggosok mukanya berulang-ulang kali sambil merengek memusing kepalanya ke kiri dan kanan. Sumayyah cuba mencari keselesaan untuk menyambung tidurnya semula.
Suhu badannya panas. Batuk berkahak jelas mengganggu tidurnya.


Otak mulai ligat berfikir cara apa yang paling ampuh dan cepat untuk turunkan suhu badan si anak yang panas.


Mandian lemon?

Sup antibiotik ayam?

Stokin bawang atau lemon?

cool fever?

lumur dengan air asam jaya?

mandi air bunga raya?

minyak bawang putih?


"Nak bagi Sumayyah paracetamol ke? Baru mulai demam ni, " tanya Teha pada Encik Suami Mithali.

"Demam kan. Bagi je lah paracetamol tu. Ikut sukatan pada botol tu. Ada kena tulis kat situ." Encik Suami Mithali membalas.


Hati kecil mulai berkata-kata. Kecil lagi nak bagi paracetamol ni.
Cuba kaedah alami lah dulu.Setelah menimbang tara kelebihan dan kekurangan kaedah-kaedah alami yang terlintas di fikiran, akhirnya....


Tahniah bawang putih kerana telah terpilih untuk redakan batuk dan demam Sumayyah dengan cepat!!!!


Masak bubur nasi + ikan bilis + bawang merah + minyak zaitun + lobah + extra bawang putih. Tiada garam dan gula. Itu resepi bubur antibiotik ciptaan Teha. hohoho


Cubaan pertama.Sumayyah makan tiga suap je. Mungkin atas faktor tiada selera sangat sebab badan tak selesa. Waktu ni, Sumayyah melekat macam kanggaro dah.


Cubaan kedua. Sumayyah menolak terus. Paling muka arah lain terus sambil buat muka menyampah. hahaha....tak sedap la tu.


Tak apa. Hati ibu kena kental kan. kata Supermak.


Namun, apakan daya. Misi gagal !!
Badan Sumayyah masih panas dan masih tidur-tidur ayam di pangkuan Teha.


Sambil dodoikan Sumayyah tidur, mata tertancap pada supplement bawang putih yang baru dibeli beberapa hari lepas. Sebenarnya beli untuk tujuan lain. Tujuan tu biarlah rahsia. hehehe


Dua biji tablet bawang putih ni bersamaan dengan dua ulas bawang putih segar.
Bunyi macam menarik . Sebabnya Teha tak berapa suka makan bawang putih mentah atau dah siap dimasak.


Teha percaya apa yang ibu makan, akan menjadi susu ibu. Jadi secara tak langsung, anak akan dapat khasiat daripada apa yang ibu makan.
Jadi, Teha cuba makan dua biji supplement bawang putih ni.
Dengan harapan dapat disalurkan pada Sumayyah khasiat bawang putih.


Alhamdulillah, dengan kuasa Allah S.W.T demam dan batuk berkahak Sumayyah berkurang lewat petang hari itu. Hati Teha bersyukur sangat anak dah semakin sihat dan mula bermain-main dengan Syifa.


Kesimpulannya telah terbukti bawang putih adalah antibiotik semulajadi selamat dan berkesan. Kesimpulan sendiri je ni.hehehe
Lain orang, lain kesan tau.

Kalau korang nak tahu, supplement bawang putih tu adalah Garlic Complex daripada Shaklee.



Fatihah Jumidey
YourTrustedSID.wassap.com/60136694843







Monday 11 September 2017

KHASIAT BAWANG PUTIH YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

Assalamualaikum semua. 

insyaAllah entri pada kali ini, Teha nak kongsi dengan korang khasiat bawang putih yang ramai dalam  kalangan kita masih tak tahu. 


Golongan ibu, umi, mak, mummy, umi mesti dah tau kan rupa bawang putih macam mana. 





Cuba perhati gambar bawang putih di atas. Sebelah kanan adalah bawang putih pada rupanya yang asal. Manakala pada sebelah kiri pula bawang putih yang telah dibuang sedikit kulitnya dan terdapat beberapa ulas bawang putih pada tengah-tengah gambar.


Jom baca khasiat bawang putih yang teha ringkaskan melalui pembacaan .

  • Mengandungi Allicin yang baik untuk kesihatan
Allicin ini maksudnya sejenis sebatian yang terhasil apabila bawang putih diketuk, dipotong , dihancurkan atau dikunyah. Melalui pemakanan yang diambil, Allicin akan memasuki saluran darah dalam usus dan meyalurkannya kepada sel-sel dalam badan. Allicin dipercayai memberi manfaat sangat besar pada kesihatan.

Allicin ini jugak lah yang menjadikan aroma bawang putih yang mungkin agak kuat bagi sesiapa yang tidak menyukainya.

  • Membantu meransang sistem imun badan semulajadi.
Satu kajian di Barat menemui pengambilan suplemen bawang putih mampu mengurangkan selesema sebanyak 63 %. Malah dalam kajian yang lain pula, pengambilan ekstrak bawang putih yang tinggi iaitu 2.56 grams sehari mampu mngurangkan kadar bilangan hari sakit akibat selesema.

  • Menurunkan tekanan darah  
sebatian aktif dalam bawang putih iaitu allicin membantu dalam menurunkan tekanan darah.
Penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok adalah antara penyakit melibatkan tekanan darah tinggi. Kajian sains menemui pengambilan suplemen bawang putih mempengaruhi penurunan tekanan darah dalam kalangan individu yang mempunyai tekanan darah tinggi. 

  • Menurunkan paras kolestrol dalam darah 
Bagi mereka yang memiliki kolestrol yang tinggi dalam darah, pengambilan bawang putih membantu menurunkan LDL kolestrol  (kolestrol jahat) sebanyak 10-15% . walaubagaimanapun pengambilan bawang putih tidak memberi kesan terhadap HDL kolestrol (kolestrol baik).

  • Memanjangkan usia 
Bunyi macam mustahil kan..hehehe.

Kajian bahawa bawang putih memberi manfaat dalam mencegah pelbagai penyakit seperti darah tinggi memanjangkan usia seseorang secara tidak langsung.
Tambahan pula bawang putih juga membantu dalam melawan penyakit berjangkit terutamanya dalam golongan tua atau mereka yang mempunyai masalah imun sistem yang lemah.

  • Membuang logam berat dalam badan (detoks)
Kandungan Allicin yang tinggi dalam bawang putih mampu melindungi organ daripada rosak  akibat kandungan toksik logam berat. Bawang putih juga mampu mengurangkan tanda-tanda toksin seperti tekanan darah atau sakit kepala dalam satu kajian yang lain.


  • Mudah diambil dalam diet seharian
Haa...yang ini bukanlah khasiat bawang putih.
Tapi amat penting jugak tau. Semua kita tahu kan, bawang putih ni ramuan penting dalam sesebuah masakan. Bawang putih boleh kita dapati dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk asli, serbuk, makanan tambahan atau minyak.

.
.
.
.

Untuk dapatkan khasiat yang minimum, bawang putih perlulah diambil secara mentah sama ada dihancurkan atau dicincang dan dibiarkan sebentar sebelum dimakan atau dicampur dalam masakan.

Sebabnya, Allicin hanya akan terhasil apabila bawang putih dihancurkan dan digunakan dalam keadaan yang mentah. Jadi, jika bawang putih tidak dihancurkan sebelum dimasukkan dalam masakan, maka, kesannya adalah berbeza.

Yang kurang best bila makan bawang putih ni adalah nafas akan jadi berbau sikit termasuklah bau badan..hehehe.


bagi sesiapa yang ada masalah nak makan bawang putih mentah tu, jangan risau ye..ikut je cara Teha ni. Teha makan Garlic Complex dari Shaklee je untuk pelbagai manfaat




Keistimewaan Garlic Complex Dari Shaklee.

  • dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan hampir 100% Allicin aktif.
  • Dwi teknologi terbaru daripada Shaklee iaitu gabungan Rosemary dan Spearmint 
  • Kurang bau berbanding tablet garlic yang dijual di pasaran
  • 2 tablet Garlic Complex  = 1000mg ekstrak bawang putih tulen = 2 ulas bawang putih segar

Cara makan Garlic Complex : Ambil dua tablet sehari selepas makan.



Hubungi saya untuk info lebih lanjut.

Fatihah Jumidey
013-6694843
SID 1256397

Sunday 3 September 2017

Rahsia Kulit Yang Cantik Dan Berseri



Empat Nutrisi Penting Untuk Kulit Cantik Dari Dalam

Pernah tak korang terfikir macam mana sesetengah orang memiliki kulit yang bersinar berseri-seri bak bulan purnama?   Korang  dapat rasakan aura positif yang sihat bila bergaul dengan dorang.

Agak-agak mesti korang terfikir kan apa yang dorang dah makan sampai kulit dorang jadi cantik menarik anggun dan bergaya.

Semua orang boleh miliki kulit yang cantik. Siapa tak nak kulit cantik kan. Jadi korang kena ambil tahu nutrisi penting yang diperlukan untuk dapatkan kulit yang cantik dan berseri.

1.   Protein Untuk Membina Kulit Yang Sihat
Badan kita terbina daripada protein.

Oleh itu, pengambilan protein yang cukup penting untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.

Protein ni bekerja melalui

·         Membekalkan amino acids yang penting untuk badan. Amino acids ini penting kerana badan kita tidak mampu menghasilkannya untuk kulit berfungsi secara optimum.

·         Membantu dalam penghasilan sel-sel kulit yang lebih sihat


·         Membaiki dan menghasilkan sel-sel kulit dan tissue yang baru

·         Menghasilkan hormone yang sihat dan enzim yang penting untuk kulit

·         Membantu dalam penghasilan amino acid glutathione. amino acid glutathione ini berfungsi dalam menghalang kerosakan sel-sel kulit akibat sinaran matahari.


2.  Perlindungan Antioksidan Dengan Vitamin C
Vitamin C penting kerana ia bertindak sebagai antioksidan dalam kulit.

Antioksidan ini akan menggalakkan kulit yang sihat dan cantik melalui peneutralan pmbebasan radikal bebas pada kulit.
Walaubagaimanapun, badan kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C. Oleh itu, Vitamin C hanya boleh diperolehi melalui makanan yang diambil.

Pengambilan Vitamin C yang teratur dan konsisten membantu dalam

·        Mengurangkan kedutan dan garis garis halus pada
Wajah

·        Mengurangkan kulit yang kering dan kasar

·        Menggalakkan penghasilan kolagen dan sel kulit yang baru


·        Membantu dalam penyembuhan luka

·        Melindungi kulit dari radikal bebas



3.  Kolagen Menganjalkan dan Menegangkan Kulit
Kolagen adalah unsur penting  dalam struktur kulit. Kolagen memastikan kulit tetap anjal dan menghalang daripada kedutan, parut dan menjadi kendur. Yang bestnya, badan kita boleh hasilkan kolagen ni.  

Namun, penghasilan kolagen dalam badan akan berkurangan seiring dengan pengingkatan umur. Sebab tu kalau korang perasan kadang-kadang ada orang muka nampak tua daripada umur sebenar.


Pengambilan kolagen dari awal akan membantu


·        Minimumkan kedutan pada wajah
·        Mengurangkan parut pada kulit
·        Menegangkan dan mencantikkan kulit


4.  Mengekalkan Kelembapan Kulit Dengan GLA
Sebenarnya kulit yang sihat amat bergantung kepada jumlah lemak(lipid) pada kulit iaitu Gamma-Linoleic Acid (GLA). Asid lemak ni penting untuk
·        memastikan kelembapan kulit.
·        Mengurangkan gatal-gatal pada kulit
·        Mengurangkan keradangan kulit
·        Menurangkan kulit bersisik
·         

Lindungi Kulit Daripada Sinaran UV Matahari

Pengambilan karotenoids yang teratur dalam diet harian boleh meningkatkan perlindungan daripada sinaran UV matahari. 

Karotenoids ini penting dalam melindungi sel-sel yang sihat daripada reaksi selaran matahari (sunburn). Lebih kurang perlidungan sel dari dalam la maksudnya.

,

,
,
,
Dah tau nutrisi-nutrisi yang penting untuk kulit yang cantik berseri-seri? Kat bawah ni ada suplemen yang penting untuk membantu membekalkan nutrisi-nutrisi tersebut.




Ø ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder

Ø Sustained Release Vita-C Plus
Ø GLA Complex

Ø Collagen Powder

Tahniah kerana berjaya baca hingga habis. Yeaahhh…


Teha yakin mesti korang pun tak sabar nak miliki kulit yang cantik berseri-seri kan.




Bulan ni ada promosi best tau,


Dengan setiap pembelian set The Radiant 4, korang akan dapat
RM60.00 (RM20.00 x 3) Baucer e-Diskaun dan beg kertas
percuma !!!




Setiap RM20 Baucar e-Diskaun ini boleh ditebus pada pembelian seterusnya dengan pembelian minimum produk Shaklee bernilai RM100 dalam satu resit tunggal.

Promosi ini sah dari 1-30 September 2017, selagi stok masih ada.
.
.
.
Nak dapat harga diskaun???!!!

Friday 25 August 2017

SENARAI HARGA SHAKLLE YANG BARU

Assalamualaikum dan Hi.

Bermula MEI 2017, Shaklee telah menyelaraskan semula harga baru bagi produk-produk Shaklee di Malaysia. Rakan-rakan boleh rujuk paparan gambar di bawah untuk maklumat harga terkini.




PROMOSI OGOS SHAKLEE

Assalamualaikum dan Hi,


Tinggal beberapa hari lagi sebelum Merdeka dan semestinya Hari Raya Aidil Adha yang akan tiba pada tanggal 1 September 2017 ni.


Masih belum terlambat lagi untuk Teha kongsikan promosi pada bulan Ogos ni iaitu PROMOSI OMEGA GUARD!!!!




Kenapa Kena Beli Lima Botol Sekali Gus Ni?

Sebabnya nanti akan dapat e-Diskaun Voucher RM60. Yeaah. Banyak tu. RM 20 ni boleh ditebus dengan setiap pembelian minimum RM100 produk Shaklee ke atas dalam satu resit. Tapi tak termasuk pembelian B-Complex ye dan Voucher ni hanya sah sehingga 15 September 2017 nanti.


Mahal Sangat Nak Beli Sampai Lima Botol, Bukan Nak Guna Semua Pun.

Ada kemampuan boleh beli lima botol sekali gus, tiada unsur paksaan dalam pembelian ok. Tak pun ajak rakan-rakan untuk beli sama-sama. Berjemaah itu kan lebih baik..hehehe.


Ramai yang boleh dapat manfaat daripada Omega Guard ni.
  • ·         mak dan ayah yang selalu sakit lutut dan tinggi kolestrol
  • boleh beri hadiah kepada rakan yang akan melangsungkan perkahwinan . Hadiah supplement Shaklee tuu..kelas kau mak jah..kahkah
  • ·         rakan yang bakal menimang cahaya mata. Omega ni baik untuk perkembangan otak anak.
  • ·         rakan yang ada masalah ekzema. Omega membantu memberi kelembapan pada kulit.
  • ·         rakan yang ingin menurunkan berat badan. Omega ini membantu dalam pembakaran lemak badan.



Haa…ramai tu. Oleh yang demikian, peluang tidak selalu ada, andai ada, rebut dengan segera. Fikir untuk kesihatan dan kebaikan orang lain sama. Sebarkan kebaikan seantero alam..Hehehe

ANEKA RESEPI ESP

RESEPI ESP YANG LAZAT LAGI MENYELERAKAN. Assalamualaikum dan Hi semua.. kali ni Teha nak share dengan korang semua resepi ESP...